Thursday, March 18, 2010

PENANAMAN TEBU DI AUSTRALIA

MELBOURNE, 16 Sept (Bernama) — Penanam tebu Australia dijangka meraih A$1 bilion (A$1=RM2.95) bonanza hasil harga yang tinggi berikutan kekurangan bekalan, kata Canegrower, badan yang mewakili penanam tebu terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ian Ballantyne, memberitahu Associated Press Australia, perolehan pada musim ini dijangka A$1 bilion lebih daripada yang diperoleh pada 2005.
“Penanam tebu merupakan kumpulan yang miskin dan prospek memperoleh tunai yang meningkat, dapat membantu mengukuhkan asas, dan akan digunakan secara berhemat,” katanya.
Ballantyne berkata harga gula meningkat berikutan paras stok yang lebih rendah daripada yang dijangkakan
Pengeksport gula tradisi, seperti Kesatuan Eropah dan India, dijangka mula mengimport produk itu. Satu lagi faktor ialah pengeluaran gula Brazil bergerak ke arah ethanol,” katanya.
Beliau berkata peningkatan itu tiba pada masa kritikal untuk industri berkenaan selepas bertahun-tahun mencatatkan harga yang rendah, taufan, kemarau, banjir dan penyakit Smut, yang menjejaskan produktiviti.
“Sebuah industri yang lima tahun lepas hampir berkubur, kini bangkit dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Queensland.
“Prospek peningkatan dan harga yang lebih stabil, sudah memperlahankan penyuncupan bilangan penanaman,” katanya.
Ballantyne menjangkakan penanam tebu Australia akan mengalami musim pengeluaran yang luar biasa

No comments:

Post a Comment