Thursday, March 18, 2010

Pasaran Tebu DI batu Pahat

BATU PAHAT 13 Julai – Bagai menanam tebu di tepi bibir. Itulah antara perumpamaan yang membabitkan tanaman tebu dalam bahasa Melayu yang bermaksud seseorang yang menabur janji manis.
Jika perumpamaan itu akan kekal selamanya, namun tanaman tebu di negara ini kian ‘terhakis’ dek tanaman lain yang dianggap lebih menguntungkan.
Tetapi sebenarnya tanggapan itu silap kerana menanam tebu lebih mudah dan mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Ini terbukti dengan peningkatan jumlah eksport tebu ke Singapura pada setiap tahun bermula 2004 dengan nilai RM3.04 juta sehingga mencecah RM5.8 juta pada 2007 dan pada tiga bulan pertama tahun lalu mencecah RM1.5 juta.
Bagi memastikan pembangunan industri tebu terus berkembang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membina sebuah Kompleks Pengumpulan Ladang bagi komoditi tebu di daerah ini.
Ia dibina di Lot 3421, Jalan Persekutuan Muar-Batu Pahat, Mukim 1 Lubok, Semerah dekat sini dengan kos RM4.5 juta dan beroperasi sejak Januari lalu. Ia merupakan kompleks pertama seumpamanya di Malaysia bertujuan menyediakan kemudahan, peluang dan tempat rujukan kepada petani dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Pegawai FAMA Batu Pahat, Jaini Bukhiran berkata, dengan adanya kompleks itu, ia memberi impak positif kepada pengeksport, pemborong dan petani di negeri-negeri terbabit serta mampu meningkatkan lagi hasil pengeluaran.
Penubuhan kompleks itu juga untuk menggalakkan program pakatan pintar dan kerjasama antara sektor swasta dengan agensi kerajaan khususnya FAMA bagi membangunkan lagi industri tebu tempatan.
Jaini berkata, pembinaan kompleks itu diharap dapat membantu kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang pendapatan negara dan pemangkin kepada individu terbabit agar lebih maju dan aktif.
Kompleks itu juga diyakini dapat meringankan beban pengeksport yang tidak berupaya menyediakan tempat pemerosesan mengikut tahap piawaian bagi tujuan pengeksportan yang ditetapkan.
Jaini berkata, kompleks itu mampu meningkatkan pengetahuan di kalangan orang ramai terutamanya petani, pengeksport dan pengusaha industri untuk menjadikan pusat ini sebagai rujukan mengenai tebu.
“Diharapkan kompleks ini dapat membantu menjana ekonomi negara menerusi pertanian dan penanaman tebu,” katanya.
Katanya, bagi memberi peluang kepada petani yang berminat dalam penanaman tebu, buat julung kalinya Ladang Kontrak FAMA bagi tanaman tebu diperkenalkan dengan pembabitan kira-kira 68 petani dari Johor, Negeri Sembilan (6) dan Melaka (8).
Pasaran tebu juga dijangka memasuki pasaran antarabangsa iaitu ke negara Asia Barat tidak lama lagi.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman Ladang Kontrak Tebu antara FAMA, petani dan pengeksport, Purecane Manufacturing Sdn. Bhd., telah diadakan tahun lalu.

PENANAMAN TEBU DI AUSTRALIA

MELBOURNE, 16 Sept (Bernama) — Penanam tebu Australia dijangka meraih A$1 bilion (A$1=RM2.95) bonanza hasil harga yang tinggi berikutan kekurangan bekalan, kata Canegrower, badan yang mewakili penanam tebu terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ian Ballantyne, memberitahu Associated Press Australia, perolehan pada musim ini dijangka A$1 bilion lebih daripada yang diperoleh pada 2005.
“Penanam tebu merupakan kumpulan yang miskin dan prospek memperoleh tunai yang meningkat, dapat membantu mengukuhkan asas, dan akan digunakan secara berhemat,” katanya.
Ballantyne berkata harga gula meningkat berikutan paras stok yang lebih rendah daripada yang dijangkakan
Pengeksport gula tradisi, seperti Kesatuan Eropah dan India, dijangka mula mengimport produk itu. Satu lagi faktor ialah pengeluaran gula Brazil bergerak ke arah ethanol,” katanya.
Beliau berkata peningkatan itu tiba pada masa kritikal untuk industri berkenaan selepas bertahun-tahun mencatatkan harga yang rendah, taufan, kemarau, banjir dan penyakit Smut, yang menjejaskan produktiviti.
“Sebuah industri yang lima tahun lepas hampir berkubur, kini bangkit dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Queensland.
“Prospek peningkatan dan harga yang lebih stabil, sudah memperlahankan penyuncupan bilangan penanaman,” katanya.
Ballantyne menjangkakan penanam tebu Australia akan mengalami musim pengeluaran yang luar biasa

Wednesday, March 17, 2010

video mesin air tebu yang menerangkan cara-cara memproses tebu untuk di jadikan air

Gambaran Air Tebu

AIR TEBU YANG BARU DI MESIN
AIR TEBU YANG DI BUNGKUS


AIR TEBU YANG DI BEKASKAN AIR TEBU YANG BERCAMPURAN
DENGAN AIS


JUS TEBU YANG ASLI

Harga benih tebu


Tanaman secara komersial Minima 18,000 benih RM 0.18 termasuk kos penghantaran ke negeri Johor,Melaka,Negeri Sembilan * kecuali caj pemandu RM 0.20 termasuk kos penghantaran ke lain-lain negeri disemenanjung * 1/2 kos pengangkutan ditanggung pembeli.

Harga sesebuah mesin tebu dan latar belakang mesin tebu

MESIN PRESS TEBU

-Ranka siku 5x5 tebal
-Bearing
-Roll stainless tebal
-filter screen
-talang plat aluminium/stainless(sesuai persedian)+keran untuk selang ke jirigen

-harga promo 1,45jt saja
-motor bensin china+1jt
-motor bensin taiwan+1,4jt
-motor listrik 1(750w) atau 1/2Hp(370w)+gearbox+1,1jt

JENIS-JENIS MESIN TEBU

Dan di atas ialah sejenis mesin tebu yang terbaru .Dan berfungsi menggunakan button elktronik ,mesin ini juga baru sahaja di pasarkan di seluruh dunia.Ia juga telah di gunapakai sekarang .



jenis mesin tebu tinggi


Jenis mesin tebu hancur

jenis yang megeluarkan air




Ini ialah sejenih mesin mesin tebu yang lama.Dan ia telah di pakai sejak sekian lama tetapi pada masa ini mesin ini boleh digunakan lagi untuk memproses air tebu. Dan ini adalah mesin tebu yang telah lama


mesin tebu yang telah lama